Pasti ada yang pernah mengalami, menyaksikan atau mendengar tentang isitlah Berian dan Belanja Dapur sekiranya melibatkan pertunangan atau perkahwinan masyarakat Kadazan Dusun Murut (KDM) di Sabah. Ianya suatu yang hakiki dan tidak akan mampu dielak sekiranya anda ingin memperisterikan wanita daripada suku kaum terlibat. Sebelum kita melangkah lebih jauh, ada baiknya kita memahami adat perkahwinan suku kaum tersebut.
Pertama sekali, ayuh kita mempelajari budaya masyarakat Murut dalam perkahwinan. Adat yang diwarisi daripada zaman nenek moyang menjadi ikutan sehingga hari ini, misalnya adat perkahwinan “Barian Sampai Mati”. Adat “Barian Sampai Mati” merupakan adat sangat popular dan sinonim dengan masyarakat Murut Tagal di negeri Sabah. Adat ini diamalkan oleh Murut Tagol di kawasan pedalaman Sabah khususnya di Daerah Pensiangan, Daerah Keningau, Daerah Sepulut dan Daerah Nabawan.
Dalam pengertian adat “Barian Sampai
Mati” ialah Barian atau dalam bahasa Melayu “Mas Kahwin” dan dalam bahasa
Inggeris “Dowry”. Barian ialah nama yang diberi oleh masyarakat Murut bagi
menunjukkan mas kahwin ataupun barang-barang hantaran daripada keluarga pihak
lelaki kepada keluarga pihak perempuan semasa perkahwinan berlangsung. Oleh
demikian, “Barian Sampai Mati” bermaksud mas kahwin atau barang-barang hantaran
yang dituntut atau diminta oleh keluarga pihak perempuan daripada keluarga
pihak lelaki bermula dari perkahwinan sehingga ke akhir hayat.
Adat “Barian Sampai Mati” sudah lama
diamalkan sejak zaman nenek moyang lagi oleh masyarakat Murut di Sabah. Apabila
gadis Murut dikahwini oleh lelak pilihan keluarga atau pilihan sendiri, barian
akan terus ditagih oleh keluarga pihak perempuan sehingga ke akhir hayat.
Meskipun sudah beranak pinak dan umur sudah menjangkau 30 hingga 90 tahun,
tetapi keluarga pihak perempuan masih meminta barian daripada pihak lelaki.
Masyarakat Dusun dan masyarakat lain di Sabah mengatakan bahawa gadis Murut
yang dikahwini memiliki barian atau hantaran mas kahwin yang sangat mahal
berbanding suku kaum lain di Malaysia.
Adat “Barian Sampai Mati” dapat
dilihat apabila keluarga sebelah pihak perempuan menghadapi masalah seperti ada
kematian, saudara mara berkahwin, menghadiri perkahwinan dan menghadiri
“Tinauh”. Keluarga sebelah pihak lelaki mahupun suami gadis yang dikahwini
turut dilibatkan sama dalam kesusahan tersebut. Pihak suami mesti mambantu
keluarga sebelah pihak perempuan dengan memberi mana-mana barang seperti tajau,
kain sarung, emas, gong, kain nila, sisitan, duit dan sebagainya untuk diberi
kepada keluarga pihak perempuan yang meminta bantuan. Selain ibubapa perempuan
yang dikahwini meminta pertolongan, keluarga yang lain juga turut melakukan hal
yang sama kepada pihak lelaki. Adat ini amat membebankan masyarakat Murut
tetapi memandangkan adat ini sudah lama diamalkan, maka adat ini terus menjadi
amalan tradisi masyarakat Murut.
Seterusnya, “Barian Sampai Mati”
juga dapat dilihat apabila keluarga pihak perempuan pergi mengunjungi rumah
pihak lelaki selepas kahwin, keluarga pihak perempuan akan meminta apa saja
yang disukai dan dijumpai oleh mata mereka dalam rumah menantu lelaki. Pada
masa itu juga, keluarga pihak perempuan akan terus mengambil benda atau barang
tersebut, misalnya televisyen, peti sejuk, tajau, gong, kain sarung, emas,
basikal dan apa sahaja yang ditemui ketika berada di rumah pihak lelaki. Pihak
lelaki pula tidak berbuat apa-apa dan membenarkan saja permintaan keluarga pihak
perempuan sebagai tanda hormat kepada bapa dan mak mertuanya.
Untuk memiliki gadis Murut, pihak
lelaki terpaksa menanggung beberapa risiko tinggi untuk memenuhi tuntutan
barian daripada keluarga pihak perempuan. Keluarga pihak perempuan berhak
menuntut barian apa-apa sahaja pada bila-bila masa. Pihak lelaki pula terpaksa
menurut permintaan daripada keluarga perempuan untuk menjaga maruah keluarga.
Berikut merupakan beberapa cara pihak perempuan menuntut barian daripada pihak
lelaki.
Kini, adat “Barian Sampai Mati”
dalam suku Kaum Murut Tagol atau Tahol tidak diamalkan lagi sehingga sekarang. Malah kalangan suku kaum Murut sendiri turut berpendapat bahawa adat ini tidak sesuai diamalkan pada masa kini.
Bagaimanapun, sesetengah suku Murut di Daerah Keningau tidak pernah mengamalkan adat |"Barian Sampai Mati" ini. Malah hantaran untuk meminang semakin berubah mengikut peredaran masa. Sebagai contoh, suku Murut yang mendiami Kampung Sodomon, Ambual, Binaong, Labak, Liau dan Ansip
dan sebagainya hanya meminta "Barian dan Balanja Dapur" daripada pihak lelaki. Semasa perbincangan
tentang pertunangan dibuat, apabila pihak perempuan telah bersetuju dan menerima pinangan pihak lelaki, maka hal Barian dan Balanja Dapur akan dibincangkan. Barian biasanya merujuk kepada bayaran kepada ibu yang melahirkan anak yang akan dipinang oleh pihak lelaki. Pihak perempuan akan meminta sejumlah bayaran sebagai "Sagit" kerana kesakitan ketika melahirkan dan kesusahan ketika membesarkan anak. Manakala, Balanja Dapur pula merujuk kepada sejumlah bayaran yang akan dikenakan kepada pihak lelaki dengan mengambil kira perbelanjaan untuk barang makanan dan minuman yang akan dihidangkan kepadatetamu semasa majlis perkahwinan berlangsung kelak. Kebiasaanya, keseluruhan hantaran bolehmencecah RM10 ribu hingga 20 ribu. Suatu ketika dulu, hantaran Kerbau dan Tajau Lama adalah wajib. Kini ianya semakin dilupakan dan jarang sekali diminta oleh pihak perempuan.
Manakala bagi suku kaum Kadazan Dusun pula, adat perkahwinan mereka juga hampir serupa dengan masyarakat Murut. Untuk lebih jelas, biar saya nyatakan adat mereka mengikut kronologi.
Sebelum sesuatu upacara perkahwinan dilangsungkan, keluarga kedua-dua pihak akan mengatur segala persiapan yang diperlukan. Dalam hal ini perkara yang diutamakan adalah tentang pemberian sebentuk cincin. Cincin ini menjadi tanda peminangan daripada pihak lelaki.
Sebelum peminangan dibuat, pihak lelaki melantik seorang tua yang bukan terdiri daripada keluarga terdekat lelaki berkenaan. Segala urusan merisik dan juga pinang-meminang ini mesti dibuat pada waktu pagi. Waktu petang dan malam tidak dibenarkan sama sekali. Wakil pihak lelaki pergi merisik kepada ibu bapa perempuan yang hendak dipinang itu atau pengganti ibu bapa jika ibu bapa perempuan itu sudah tidak ada.
Risikan pertama dilakukan untuk mengetahui sama ada perempuan berada dalam proses risikan orang lain atau dia sedang dalam pertunangan. Kalau perempuan itu dalam pertunangan, risikan ifu dihentikan serta-merta. Kalau perempuan itu didapati sedang dalam proses risikan daripada lelaki lain, risikan itu ditangguhkan buat sementara, sehingga keputusan muktamad diperoleh daripada risikan terdahulu itu.
Jika risikan yang terdahulu bertukar ke arah pertunangan, maka risikan yang kemudian itu terus dibatalkan. Tetapi jika gagal, risikan yang kemudian itu boleh diteruskan. Risikan ini dibuat berulang kali, peringkat demi peringkat dan adakalanya memakan masa sehingga berhari-hari, malah ada yang sampai berbulan-bulan. Ini disebabkan banyak perkara yang mesti diketahui dengan jelas oleh ibu bapa perempuan terhadap keluarga yang merisik anaknya. Antaranya ialah susunan keluarga, kemampuan, pekerjaan dan seumpamanya.
Apabila ibu bapa perempuan mendapati risikan itu boleh dipertimbangkan, mereka akan menentukan hari bagi wakil pihak lelaki datang membawa cincin pusaka (dibuat daripada tembaga). Cincin itu juga digelar 'cincin menanti mimpi'. Cincin itu mesti dibawa pada waktu pagi.
Apabila ibu bapa perempuan sudah menerima cincin itu, mereka mesti membersihkan diri pada hari itu juga. Mereka tidak boleh makan atau minum apa sahaja yang boleh memabukkan. Cincin itu diletakkan di bawah bantal ibu bapa perempuan itu. Pada malam tersebut mereka mesti berada datam keadaan 'bersih', iaitu tidak mabuk. Pada malam itu juga, salah seorang daripada suami isteri itu atau kedua-duanya sekali akan mendapat mimpi. Adakalanya mereka berlainan mimpi, adakalanya hampir serupa dan adakalanya benar-benar serupa.
Biasanya mimpi itu mempunyai tiga keadaan. Pertama, mimpi baik, ini bererti, risikan itu boleh diteruskan kepada proses peminangan. Kedua, mimpi buruk. Tetapi mimpi buruk itu dapat dibaiki atau diperbetulkan. lni bererti, proses pertunangan boleh diuruskan dengan syarat pihak lelaki harus membayar sugit kepanasan mimpi kepada orang yang bermimpi itu.
Contoh mimpi yang dimaksudkan ialah seperti bermimpi tentang barang-barang yang pecah seperti periuk atau pinggan-mangkuk. Kemudiannya barang-barang yang pecah itu dibaiki oleh pihak lelaki. Ketiga, mimpi buruk. Contoh mimpi buruk ialah bermimpi akan periuk belanga, kuali, pinggan mangkuk, tempayan atau apa sahaja barang kegunaan hanian yang telah pecah. Ini bererti proses risikan itu berhenti setakat itu sahaja dan perkahwinan tidak boleh dilangsungkan.
Hari berikutnya, ibu bapa perempuan tersebut memanggil semua keluarga terdekatnya bermesyuarat untuk membincangkan mimpi mereka. Jenis dan sifat mimpi diterangkan sejelas-jelasnya. Di dalam mesyuarat itulah mereka menganalisa baik dan buruknya mimpi itu.
Setelah selesai mesyuarat keluarga, ibu bapa perempuan memanggil wakil pihak lelaki untuk memberitahu tentang keputusan mimpi mereka. Ketika itu juga cincin yang digunakan untuk menanti mimpi tadi dipulangkan. Waktu itu, waki lelaki diberitahu sama ada boleh bertunang dengan membayar sugit kepanasan mimpi kerana mimpi buruk boleh dibaiki ataupun tidak boleh bertunang kerana mimpi buruk.
Jika mimpi baik, proses pertunangan diteruskan. Perundingan antara pihak lelaki dengan ibu bapa pihak perempuan hanya berkisar pada syarat-syarat hantaran perkahwinan, menentukan tarikh perkahwinan dan kadar besar atau lamanya pesta perkahwinan itu. Pertunangan yang telah ditetapkan tidak boleh diingkari. Jika tidak, pihak yang ingkar terpaksa membayar seluruh atau separuh hantaran yang sudah ditentukan ketika mengikat pertunangan dahulu. Bayaran ini dibuat di depan pengadilan adat.
Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat danipada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari penrkahwinan.
Alat untuk adat istiadat pula dinamakan tinokol iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan. Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti.
Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan. Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak.
Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari. Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.
Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.
Hantaran kahwin biasanya terdiri daripada pelbagai jenis makanan, alat untuk adat istiadat dan barang untuk memperteguhkan semangat. Barang hantaran untuk memperteguhkan semangat ini dikenali sebagai tasor. Tasor ialah tempat pinang yang diperbuat daripada tembaga atau perak. Tasor ini dibawa sendiri oleh pengantin pada hari perkahwinan. Alat untuk adat istiadat pula dinamakan 'tinokol' iaitu terdiri daripada canang, gong dan tajau (tempayan). Jumlahnya menurut darjat orang yang berkahwin itu. Barangan ini juga dibawa pada hari perkahwinan.
Jenis makanan pula ialah babi atau kerbau dan jumlahnya bergantung kepada kemampuan keluarga tersebut. Binatang tersebut diberikan kepada pihak perempuan dua atau tiga hari sebelum berlangsungnya hari perkahwinan. lni kerana binatang itu akan disembelih dan dimasak untuk upacara makan di rumah pengantin perempuan nanti. Sebuah tajau berisi tapai beras yang dinamakan lihing, mesti dibawa pada hari perkahwinan. Lihing ialah tapai yang sudah menjadi arak. Lihing diminum beramai-ramai dalam pesta kahwin di rumah pengantin perempuan.
Selain daripada empat hantaran yang menjadi asas bagi orang Kadazan, terdapat beberapa barangan lain yang turut dibawa untuk memperlengkap dan memperindahkan majlis hantaran itu. Ini terserah kepada janji yang dibuat semasa majlis pertunangan, juga berdasarkan kemampuan kedua-dua belah pihak. Serendah-rendah darjat perkahwinan itu mesti dibuat dengan upacara adat, pemujaan agama, pesta bersukaria dan makan minum. Sesingkat-singkat pesta pula adalah antara dua atau tiga hari di rumah pengantin perempuan. Bagi mereka yang berkemampuan, majlis dibuat selama tujuh hingga empat belas hari.
Walaupun perkahwinan pasangan suami isteri itu sudah sah di sisi agama dan kepercayaan, mereka masih belum boleh bersatu pada hari dan malam pertama. Paling cepat mereka hanya boleh bersatu pada malam kedua, malah ada yang mengambil masa selama seminggu atau dua minggu berikutnya. Kesemuanya ini bergantung kepada besar atau lamanya majlis perkahwinan itu diadakan.
Untuk membolehkan pengantin ni bersatu, satu upacara khas dibuat. Pasangan pengantin tersebut dikehendaki makan di dalam pinggan dan mangkuk yang sama. Upacara ini dihadiri oleh keluarga kedua-dua pihak. Ibu bapa pengantin lelaki tidak boleh sama sekali hadir di rumah pengantin perempuan sebelum pasangan itu sah bersatu.
Majlis perkahwinan orang Kadazan memakan masa selama tiga hari. Perkara yang paling penting dalam upacara perkahwinan ialah miohon pinisi iaitu upacara menukar gumpalan nasi. Untuk memulakan upacara ini, pengantin lelaki dan perempuan duduk berhadapan di tengah-tengah bulatan gadis-gadis yang ber-pakaian tradisional berwarna hitam.
Di hadapan mereka terletak seperiuk nasi dan kedua-dua pengantin akan menggenggam nasi dan periuk tersebut untuk dijadikan gumpalan sebesar telur ayam. Kemudian kedua-duanya akan bertukar-tukar gumpalan nasi itu, lalu dimakan. Upacara miohon pinisi merupakan nazar perkahwinan menurut cara tradisional. Setelah upacara ini dilakukan, makanan dan minuman pun dihidangkan kepada para tetamu yang hadir. Gong dibunyikan semula, diikuti dengan pertunjukan tarian sumazau. Kebiasaanya jumlah hantaran perkahwinan bagi suku kaum ini juga boleh mencecah RM10 ke 20 ribu. Namun di Daerah Penampang, jumlah hantaran boleh mencecah RM50 ribu.
Nah, sekarang anda sudah memahami budaya serta mengetahui berapa jumlah hantaran yang anda perlu
sediakan jika ingin memiliki gadis daripada suku kaum KDM ini. Kalau dulu "Lima ribu saya tidak gentar" tapi sekarang ini tidak ada lagi barian dan balanja dapur semurah itu. Sediakanlah wang hantaran secukupnya kerana zaman sekarang, "Dua puluh ribu baru tidak gentar".